Adakah KITA diantara ORANG2 YG berIMAN & beramal soleh, Mempunyai AKHLAK seINDAH RASULLULLAH ?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban Saudara kamu; Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani-Marilah bersama-sama menegakan syiar Islam walaupun pandangan Politik perbagai aliran,contohi Junjungan Nabi kita bagaimana beliau berbaik dengan jirannya walaupun jiranya seorang Yahudi.


free web counter


Pandangan yang Indah

Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tak selalu indah, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu meluahkan, belajarlah memaafkan seseorang walaupun dirimu terluka, berhentilah memberi alasan,teguhkan hati,kuatkan iman..Teruskan perjuangan yang belum ada titik noktah.Mungkin ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Allah menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana ianya hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani..Wassalam

0 comments: