Adakah KITA diantara ORANG2 YG berIMAN & beramal soleh, Mempunyai AKHLAK seINDAH RASULLULLAH ?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban Saudara kamu; Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani-Marilah bersama-sama menegakan syiar Islam walaupun pandangan Politik perbagai aliran,contohi Junjungan Nabi kita bagaimana beliau berbaik dengan jirannya walaupun jiranya seorang Yahudi.


free web counter


KARAKTER WANITA ISLAM

Karakter ini merupakan hiasan utama terbentuknya masyarakat Islam dan tertegaknya sistem Islam dimuka bumi serta menjadi tiang penyangga peradaban dunia.Kesepuluh karektia itu adalah:-

Salimul Aqidah-Bersih Akidah dari suatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

Sahihul Ibadah-Benar ibadahnya menurut Al-Quran dan Al-Sunnah serta terhindar dari segala bid'ah yang dapat menyesatkannya.

Matinul Khuluq-Mulia akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah kebadian yang menawan dan dapat menyakinkan kepada semua orang bahawa islam adalah rahmat bagi seluruh alam(Rahmatan Lil-'Alamin)

qawiyul jismi-kuat fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/anugerah dari Allah S.W.T.

Musaqaful Fikri-luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menerima berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

Mujahidun Linafsihi- Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan ataupun kejadian hingga menimbulkan kebaikan pada dirinya atau pada orang lain.

Harisun 'ala waqtihi- kecekapan dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadi seorang yang pantang membuang waktu untuk melakukan kebaikan ,walau sedetik pun .Kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah S.W.T.

Munazham Fi Syu'unihi- Teratur dalam urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanahnya.dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.

Nafi'un Li Gharihi- Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seorang yang bermanfaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan ketiadaannya akan menjadi kerinduan pada orang lain.

Mudah-mudahan dengan sepuluh karakter yang dikemukakan di atas menjadikan kita lebih bermotivasi diri untuk dapat merealisasikan kehidupan kita.Amin.