Bila segelintir umat mengkhianati perjuangan umat Islam.
Section 19 Syah Alam June 17, 2008
Askar-askar India Muslim dan melayu dijatuhkan hukuman tembak (firing squad) dalam peristiwa Dahagi kerana menyokong Khilafah Uthmaniah, Turki
Apabila pecah perang dunia pertama, Turki Uthmaniy terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Peranchis. Untuk menghadapi ancaman Barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan November 1914.
Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan military base bagi British menempatkan juga askar-askar India Muslim dan Melayu dalam pasukan British. Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk Palestin). Askar Melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.
Seorang ulama tempatan bernama Ustaz Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim Ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar Melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban.
British telah memohon bantuan dari TSN (Tentera Setia Negeri - Johor di bawah Sultan Johor, Sultan Ibrahim) untuk mematahkan pemberontakan ini). Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam. Sultan Ibrahim telah dikurniakan pingat darjah kebesaran British atas bantuannya.
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor