Adakah KITA diantara ORANG2 YG berIMAN & beramal soleh, Mempunyai AKHLAK seINDAH RASULLULLAH ?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban Saudara kamu; Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani-Marilah bersama-sama menegakan syiar Islam walaupun pandangan Politik perbagai aliran,contohi Junjungan Nabi kita bagaimana beliau berbaik dengan jirannya walaupun jiranya seorang Yahudi.


free web counter


INFO~Kewajiban Solat

Solat adalah kewajipan ibadah yang telah difardukan sejak zaman umat terdahulu lagi. Ini jelas disebutkan dalam al-Quran yang menceritakan bagaimana Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya untuk sembahyang:

قال تعالى:

وكان يأمر أهله بالصلاة والزكاة وكان عند ربه مرضيا (سورة مريم: الأية 55
Maksudnya: Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya dengan solat dan berzakat. Beliau diredai disisi tuhannya.(Maryam: 55)

Mereka yang meninggalkan solat akan dihukum bunuh dan diperangi sekiranya mereka dalam kelompok yang ramai. Ini jelas daripada hadis yang berikut:

أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام، وحسابهم على الله.
Maksudnya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Sekiranya mereka telah melakukan yang sedemikian maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka melainkan dengan hak-hak Islam (seperti mereka telah membunuh yang tidak dibenarkan). Perkiraan hati akan dinilai oleh Allah.

HR Bukhari dan Muslim

Hukuman ini dilaksanakan apabila mereka tidak mahu bertaubat setelah diminta sedemikian.

Amalan pertama yang dihisab

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته, فإن صلحت، فقد أفلح وأنجح، وإن فسدت فقد خاب وخسر، فإن اتقص من فريضته شيء، قال الرب عز وجل: انظروا هل لعبدي من تطوع؟ فيكمل بها ما انتقص من الفريضة، ثم يكون سائر عمله على ذلك.
Maksudnya:
Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.

Diantara hadis-hadis yang mengancam manusia yang tidak menunaikan sembahyang adalah seperti berikut:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:

من فاتته الصلاة، فكأنما وتر أهله وماله
Maksudnya:

Siapa yang telah meninggalkan solat maka seumpama telah binasa keluarga dan hartanya.
(HR Ahmad)

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الذي تفوته صلاة العصر كأنما وتر أهله وماله.
Maksudnya: Nabi bersabda: Orang yang tertinggal solat asar seumpama dimusnahkan keluarga dan hartanya.(HR Muslim)

Firman Allah S.W.T:

((فويل للمصلين.الذين عن صلاتهم ساهون))(الماعون: 4,5)

Maksudnya:
Maka celakalah atau lubang dalam neraka bagi bagi orang yang sembahyang; iaitu orang yang meninggalkan sembahyangnya.

Ibnu Abbas berkata: Mereka adalah orang-orang yang melewatkan solatnya dari waktunya.

Abul 'Aliah berkata: Mereka adalah yang menunaikan solat diluar waktunya dan tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya.

Orang yang tidak mengakui kewajipan solat adalah kafir. Berdosa besar bagi orang yang meninggalkannya dan mengatakan ianya fardu.Ini jelas daripada hadis:

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر

Maksudnya:
Perjanjian diantara orang Islam dengan orang kafir adalah solat; sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia.(HR Tirmizi).


Benarkah Hinanya Jika Meninggalkan Solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .