Adakah KITA diantara ORANG2 YG berIMAN & beramal soleh, Mempunyai AKHLAK seINDAH RASULLULLAH ?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban Saudara kamu; Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani-Marilah bersama-sama menegakan syiar Islam walaupun pandangan Politik perbagai aliran,contohi Junjungan Nabi kita bagaimana beliau berbaik dengan jirannya walaupun jiranya seorang Yahudi.


free web counter


JAGALAH LIDAH ANDA

Kata Iman Al Ghazali : " Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah
dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang yang hari
ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia".

Sesungguhnya aktiviti umat Islam baik berhubungan dengan manusia mahupun berhubungan dengan Allah mestilah baik daripada hari ini daripada yang sebelumnya. Dan supaya aktiviti itu dinilai oleh Allah sebagai terbaik 2 perkara mesti diberi perhatian; jaga lidah dan menangis kerana insaf.

Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW:"Apakah amal unutk selamat?Jawab baginda:"Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu".

Panduan ini amat mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan jika umat Islam tidak bersedia ke arah keselamatan dan kebahagian. Lidahnya sepatutnya boleh berzikir mengingati Allah, bercakap-cakap memberi nasihat yang baik tapi sayang, dibiarkan menyakiti orang lain.

Kerana lidah tidak bertulang seseorang manusia boleh bermusuhan dan kesannya terhadap kerja harian yang dilakukannya tidak mendapat sokongan dan perhatian ramai. Malah ramai akan membencinya lalu memulaukannya. Kalau ini terjadi, maka gagallah segala perancangannya. Dan Allah akan hilangkan keberkatan untuknya.

Jadi, untuk selamatkan diri dan sedala-galanya maka lidah mesti dijaga, inilah amalan yang terpuji. Mereka yang baik penjagaan lidahnya bukan sahaja disukai Allah malah orang ramai akan senang dengannya.

Di sini kalau disingkapkan pada pengalaman sesetengah orang Melayu, mereka gagal dalam membangunkan diri dan lain-lainnya, mungkin disebabkan lidah mereka tidak dikawal dengan baik. Mengumpat dan menfitnah orang lain sudah menjadi amalan biasa. Mencaci maki musuhnya menjadi bualan hariannya. Maka bagaimanakah mereka ini boleh berjaya dalam keadaan begini? Allah tentu tidak merestui mereka.

Selain menjaga lidah, menangis kerana menginsafi segala dosa yang dilakukan baik kerana dengan tangisan ini boleh menimbulkan rasa hendak menebus dosa lalu, dan segera ingin bertaubat. Dalam masa yang sa,a mereka melakukan kerja-kerja kebajikan sebanyak mungkin.

Jika sikap ini diambil oleh umat Islam bukan sahaja Allah akan meredhainya bahkan orang ramai akan menyanjunginya. Ini akan menjadikan segala yang dilakukan mereka menghasilkan kejayaan demi kejayaan.

Tapi di hari ini, ramai yang menangis kerana tidak dapat melakukan dosa, dan ada yang menangis kerana dimarah pihak berkuasa atas perbuatan jahatnya. Namun jiwa mereka tetap mahu melakukan dosa. Ertinya mereka tetap mahu menyimpan dosa. Di sinilah di antara faktor kegagalan umat Islam dalam segala usahanya, Allah tidak mahu membela mereka.

Dan latihlah lidah supaya mudah bertaubat, dan kalaupun tidak boleh menangis, bangkitkanlah rasa bersalah dan berdosa supaya lahir penyesalan dan keinsafan. Sesungguhnya manusia sebaik manapun dia, dosa tetap dilakukannya. Tapi sebaik-baik manusia apabila dia tersalah lalu dia akan bertaubat segera.

Dalam hal ini tidak siapa yang boleh merubah diri kita kecuali kemahuan diri sendiri. Firman Allah:"Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada pada diri seseorang, sehinggalah mereka merubah apa yang ada pada diri mereka".

Ertinya semuanya bertitik tolak dari manusia itu sendiri. Hendak seribu daya dan kalau tidak hendak seribu dalih pula yang datang. Ingatlah, Allah tidak mengkehendaki orang yang suka berdalih mencari helah melepaskan diri.

Dan Allah mahu umat Islam berjaya dan terus berjaya di dunia ini manakala di akhirat mereka berjaya menghuni syurga yang indah permai.