INFO- MAKANAN RASULLULLAH~ KHAS UNTUK SAHABAT-SAHABAT PENCARIKALAM
Makan Mentimun Beserta Kurma
حدثنا يحيى بن يحيى التميمي وعبد الله بن عون الهلالي قال يحيى أخبرنا و قال ابن عون حدثنا إبراهيم بن سعد عن أبيه عن عبد الله بن جعفر قال : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل القثاء بالرطب
(اخرجه المسلم كتاب الاشربة في أكل القثاء بالرطب: 3806 (
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.
Penjelasan Hadith
Menurut Abu Isa al-Tirmidzhi: Ianya hadith hasan lagi shahih lagi gharib. Ketahuilah bahawa makan timun Arab dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti dengan mentimun, maka barangsiapa membiasakan diri dengan makan mentimun dengan kurma masak boleh membesarkan badan, kerana timun Arab mempunyai khasiat padanya untuk membesarkan badan, selain itu juga ianya dapat menghilangkan dahaga, mendatangkan kekuatan tenaga bagi sesiapa yang menghidunya kerana padanya terdapat bau yang harum, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya tidak mudah busuk dan rosa.
قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ أَكَلَ سَبْع تَمَرَات مِمَّا بَيْن لَابَتَيْهَا حِين يُصْبِح لَمْ يَضُرّهُ سُمّ حَتَّى يُمْسِي )
اللَّابَتَانِ هُمَا الْحَرَّتَانِ , وَالْمُرَاد لَابَتَا الْمَدِينَة , وَقَدْ سَبَقَ بَيَانهمَا مَرَّات .
(اخرجه البخاري كتاب الطب في الدواء بالعجوة للسحر:5327)
Maksudnya: “Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.
Penjelasan Hadith
Tamar Nabi ialah Al-Ajwah. Ia adalah sejenis tamar kota Al-Madinah Al-Munawarah, bijinya lebih besar dari tamar Ash-Shaihaani, warnyanya agak hitam, merupakan suatu tanaman junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Antara manfaatnya ialah ia berguna unutuk menguatkan urat-urat perut, mengendurkan ketegangan urat-urat saraf dan melembutkan perangai seseorang yang kasar. Memakan tamar sebelum makan pagi dapat membunuh bakteria dalam perut. Meminum air rendamannya dapat melancarkan pembuangan air kecil seterusnya ia dapat menguatkan limpa. Kajian terbaru menunjukkan tamar secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan berkhasiat dan dapat menyembuh banyak penyakit.
Untuk mengubati penyakit kencing manis , caranya ialah dengan memakan secara biasa tujuh biji sekali makan, dengan tiga kali makan sehari, sebelum memakan makanan yang lain. Dimakan waktu pagi, tengahari. Dan petang atau malam. Timbangan sekilogram kira-kira 60 biji (2 kilogram seminggu).
Berubat dengan Cendawan
حدثنا محمد بن المثنى حدثنا غندر حدثنا شعبة عن عبد الملك سمعت عمرو بن حريث قال سمعت سعيد بن زيد قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول الكمأة من المن وماؤها شفاء للعين
(اخرجه البخاري كتاب الطب باب المن شفأ للعين رقم 5272)
Maksudnya: “Hadis Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang sangat istimewa) dan dapat mengubati mata”.
Said bin Zaid r.a. memberitakan Rasulullah bersabda: Ertinya : “Cendawan itu berasal dari Mannah (makanan dari langit atau embun) dan airnya penyembuh sakit mata.”
Penjelasan Hadith
Cendawan tumbuh berbentuk batatas (payung), warnanya coklat, dan banyak tumbuh di musim hujan (tengkujuh). Cendawan banyak mengandungi vitamin A dimana ia dapat mengubati gangguan dalam pemandangan mata. Sesungguhnya ia telah diserupakan dengan Manna yang diturunkan oleh Allah dari langit berdasarkan persesuaian antara keduanya, disebabkan kerja mencari dan mengutipnya tidak letih dan tidak menyukarkan (sebagai turun dari langit), begitu juga ia tidak payah ditanam (dengan membajak tanah) dan tidak perlu pula menjirus dan mengusahakannya.Menurut satu sumber: cendawan merupakan suatu makanan pengenyang bagi Bani Israel semasa mereka berada di Padang Tih yang penuh dengan cendawan bagi menggantikan roti gandum.
وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأُتْرُجَّةِ ريحها طيب وطعمها طيب، ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل التَّمْرَةِ لا ريح لها وطعمها طيب حُلْوٌ، ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مُرٌّ، ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر".
(رواه البخاري في كتاب التوحيد باب قراءة الفاجر والمنافق وأصواتهم وتلاوتهم لا تجاوز:7005)
Maksudnya : “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran seperi buah Utrujjah (limau); baunya harum dan rasanya manis (enak). Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah kurma yang tidak berbau tetapi rasanya manis (enak).Dan perumpamaan orang munafiq yang membaca Al-Quran seperti minyak wangi; baunya harum tetapi rasanya pahit). Dan perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran seperti buah hanzalah, (buah yang pahit), tidak mempunyai bau dan rasanya pun pahit”.
Limau Utrujj juga dapat menimbulkan selera makan dan dapat menahan rasa dahaga: menghentikan radang kerongkong, berdebar hati dan menghilangkan rasa kesedihan. Selain itu ia berguna untuk menghilangkan racun yang membunuh dalam tubuh dengan cara meminum air pati dicampur dengan air suam kuku. Ia juga berguna untuk semua mangsa sengatan binatang yang berbisa, iaitu dengan cara mencincangkannya dengan halus dan kemudian diletakkan di tempat sengatan.Selain dari itu ia juga berupaya dalam menambahkan air mani, menyuburkan badan dan melipatgandakan vitamin-vitamin dalam badan.
Khasiat Buah Labu
حدثنا قتيبة بن سعيد عن مالك بن أنس فيما قرئ عليه عن إسحق بن عبد الله بن أبي طلحة أنه سمع أنس بن مالك يقولا إن خياطا دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعه قال أنس بن مالك فذهبت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى ذلك الطعام فقرب إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم خبزا من شعير ومرقا فيه دباء وقديد قال أنس فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يتتبع الدباء من حوالي الصحفة
قال فلم أزل أحب الدباء منذ يومئذ .
(اخرجه مسلم في الأشربة جواز أكل المرق واستحباب أكل اليقطين وإيثار أهل المائدة:3803)
Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ”.
Penjelasan Hadith
Menurut hadith diatas, sebagaimana pemakanan yang digemari nabi selain kurma, Nabi Muhammad saw menggemari buah labu. Buah labu antara lainnya sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat yang masih belum terungkap lagi, kini kajian moden mendapati buah labu kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat yang baik untuk tubuh badan, begitulah pemakanan baginda yang sebenarnya merupakan satu kaedah pemakanan yang baik, justeru itulah ditekankan bahawasanya mengikut sesuatu yang datangnya dari baginda dan menyelusuri sunnah-sunnahnya merupakan kebaikan dan kemaslahatan bagi umat manusia seluruhnya.
Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan jg untuk mencegah batu karang.
Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur. Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda