Adakah KITA diantara ORANG2 YG berIMAN & beramal soleh, Mempunyai AKHLAK seINDAH RASULLULLAH ?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban Saudara kamu; Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani-Marilah bersama-sama menegakan syiar Islam walaupun pandangan Politik perbagai aliran,contohi Junjungan Nabi kita bagaimana beliau berbaik dengan jirannya walaupun jiranya seorang Yahudi.


free web counter




UCAPAN SYEIKH MUHAMMAD YASSIN


UCAPAN SYEIKH MUHAMMAD YASSIN , PEMIMPIN UMAT ISLAM PALESTIN DI PADANG ARAFAH .

Saudara-saudaraku , raja-raja dan pembesar Arab sekelian ,

Saudara-saudaraku , umat Islam di seluruh tempat ,

Di bumi Arafah yang suci, sempena hari yang sangat berkat ini , saya meminta kepada semua raja dan pembesar Arab serta umat Islam supaya mengenang kembali Masjid Al-Aqsa yang tertawan . Masjid yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama , tempat suci yang ketiga . Marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah , Yang Maha Tinggi lagi Berkuasa supaya menganugerahkan kebebasan kepada kepada Baitul Maqdis dan kawasan-kawasan sekitaranya daripada penjajahan Yahudi. Sesungguhnya keburukkan dan kekejiaan yang telah dilakukan oleh Yahudi adalah terlalu besar .Oleh itu HAMAS menyeru kepada kepada semua umat Islam supaya bersama-sama kita bergandingan bahu untuk menyelamatkan tanah , maruah dan kesucian Palestin daripada dicemari .

Perjanjian Damai yang telah ditandatangani dengan Yahudi penjajah merupakan satu penipuan paling besar yang disaksikan oleh negara-negara besar .Kejijikkan perjanjian tersebut mula terserlah apabila hak suci Palestin dihilangkan , ummah dipecah belahkan , intifadah ( kebangkitan ) terhenti , cengkaman Yahudi semakin kuat , tanah-tanah milik rakyat Palestin mula menjadi rebutan penduduk Yahudi untuk menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara Yahudi buat selama-lamanya .

Suara ini adalah suara jeritan dan rayuan yang keluar daripada kerongkong pejuang-pejuang Islam di bumi Palestin . Jeritan memanggil umat Islam , menyeru supaya kembali bersatu padu di dalam menghadapi pencerobohan Yahudi .Jeritan yang memekakkan telinga Yahudi serta menolak untuk tunduk kepada penipuan yang menggunkan nama Perjanjian Damai sebagai ganti kepada tanah air Palestin yang tercinta .Masalah pengusiran rakyat Palestin daripada Baitul Maqdis ,dan wujudnya sebuah negara untuk rakyat Palestin lansung tidak menjadi agenda kepada perjanjian damai tersebut .Begitu juga dengan masalah kepulangan rakyat Palestin daripada pembuangan . Kita hanya mendapati bahawa hanya sebilangan daripada pejuang-pejuanga lama yang dibenarkan pulang ke tanah air .Tanah air yang terjajah .

Sesungguhnya Yahudi tidak mengerti erti perdamaian . Perdamaian bagi mereka adalah kubur-kubur .Perdamaian bagi mereka adalah membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa dan penghinaan terhadap maruah umat Islam .Sesungguhnya telah tiba masanya untuk umat Islam mengoyak perjanjian yang keji ini . Perjanjian yang menambahkan lagi penderitaan umat Palestin , sedangkan Israel mendapat faedah yang cukup besar daripadanya . Ia mendapat pengiktirafan daripada banyak negara ,lantas mereka membuka pintu perdagangan untuk pembangunan negara mereka .Di dalam masa yang sama mereka mengoyak kesatuan negara Arab untuk menjadi kuasa tunggal di rantau ini dan meletakkan syarat damai mengikut kehendak mereka .

Saudar-saudara ku , raja-raja dan pembesar-pembesar Arab sekelian ,

Saudara-saudaraku , umat Islam sekelian ,

Sesungguhnya Al-Quds merupakan simbol kepada tamaddun Islam yang bersendikan Arab, iajuga merupakan keagungan kita tetapi ia terancang oleh tinfakan yahudi, oleh itu umat islam dan umat arab perlu mengambil tindakan tegas dan memutuskan hubungan dengan penjajah yahudi di bumi kita, sesungguhnya Al-quds berada di dalam terkepung dan bahaya ia adalah jantung kepada palestin tamadun sejarah dan masa depan kita sesungguhnya jeritan palestin merupakan jeritan batin setiap umat islam masjid Aqsa sedang merayu "Wahai Islam- Wahai Islam &ldots;&ldots;." Adakah sesiapa yang sudi menolongnya , sesungguhnya masjid Aqsa benar-benar berada di dalam bahaya Zionis sedang menggali terowong di setiap sudut masjid Aqsa untuk merobohkannya mereka merancang untuk membina tempat ibadat khusus bagi orang yahudi sebagai ganti Al-Aqsa , perancangan mereka ini telah tersiar di media-media massa , oleh itu umat islam perlu berusah dengan bersungguh-sungguh untuk membebaskan masjid Al-Aqsa daripada terus di hina oleh yahudi.

Belum tibakah masanya untuk umat islam kembali sedar ? dan sekarang ribuan malah jutaan muslimin bangun dan bergerak bagi membebaskan bumi Aqsa . Di mana keagungan muslimin ? di mana keagungan bangsa arab dan maruah mujahidin ? di mana darah para syuhada’ yang mengalir di bumi israk mikraj yang membasuh dan menutup keaiban umat islam dan seterusnya menolak segala perjanjian yang lemah lantas membebaskan bumi yang dijajah ini.

Pergerakan HAMAS di Palestin menyeru seluruh umat islam supaya bersatu di dalam satu barisan / sof untuk menentang yahudi , sesunggunya tugas untuk membebaskan tanah air dan menyelamatkan baitul Maqdis bukan hanya dengan kertas dan dakwat sahaja tetapi ia adalah dengan menghayati islam dan dengan darah para syuhada’.

 Di hari yang mulia ini serta di padang Arafah yang suci ini Aku sampaikan salam buat saudara-saudaraku di bumi perjuangan di Baitul Maqdis dan sekitarnya , saya menyeru supaya bersabar dan tabah sehingga Allah mengizinkan kepada umat kita dengan satu kejayaan , kejayaan yang semakin hampir Insya allah, Aku sampaikan salam buat ribuan pejuang-pejuang Palestin yang merengkok dipenjara-penjara Israel yang zalim. Salamku buat keluarga-keluarga syuhada’ dan mangsa-mangsa yang tercedera dan cacat akibat kekejaman tentera-tentera Osreal dan begitu juga kepada pejuang Palestin yang terusir diseluruh dunia dengan harapan kita akan bertemu kembali di bumi Palestin yang merdeka lagi tercinta.

Saudaraku , pembesar-pembesar dan Raja-raja Arab, Saudara-saudara ku umat islam di seluruh tempat,

Sesungguhnya keadaan sangat genting , ramai dikalangan kita menyumbangkan jasa yang banyak demi bumi Palestin tetapi sumbangan itu belum mampu untuk menghasilkan cabaran dan mengubah serangan zionis terhadap bumi Isra’dan Mikraj, sesungguhya tanggungjawab yang terpikul di bahu kamuadalah terlalu besar Allah akan bertanya kepada kamu serta memberi balasan baik terhadap tindakan berani yang dilakukan untuk membebaskan bumi Isra’ dan mikraj, marilah kita bersama-sama memohon kepada allah supaya memberi taufiq dan hidayat kepada kita semua di dalam perjuangan untuk agama dan umat sesungguhnya dia maha mendengar dan menjawab permintaan.