Niat-
أصَلِّي سُنَّةَ
الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku mengerjakan
sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Bacaan dalam Shalat sunat Dhuha :
-Rakaat pertama, Al-Fatihah, Surah Asy-Syams.
-Rakaat kedua, Al-Fatihah, Surah Adh-Dhuha.
Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ
اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
وَلَا حَوْلَ
وَلَا
قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
الْعَلِيُّ
الْعَظِيمِ
عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ
وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah,
Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan
Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama
kekalnya Kekuasaan Allah"
Fadhilat Solat
Dhuha
Sebaik-baiknya solat
Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan
fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah
rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah
r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya
olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan
‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat)
penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu
kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR
At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga
bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,
“Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan
sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat
Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
-Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
”
Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah
dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10
kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik).
” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni
dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
-”
Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang
daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan
Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru
dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan
sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.”
(HR Ahmad, Muslim dan Daud)
Bacaan doa terpulang kepada seseorang tp jangan berdoa melampaui batas seperti yg bertanda warna merah..
Maksudnya:
-jika haram sucikanlah