Adakah KITA diantara ORANG2 YG berIMAN & beramal soleh, Mempunyai AKHLAK seINDAH RASULLULLAH ?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban Saudara kamu; Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani-Marilah bersama-sama menegakan syiar Islam walaupun pandangan Politik perbagai aliran,contohi Junjungan Nabi kita bagaimana beliau berbaik dengan jirannya walaupun jiranya seorang Yahudi.


free web counter


BERMEGAH-MEGAHAN TELAH MELALAIKAN KAMU

Salam,Takkala dunia politik terutamanya di Malaysia telah timbul perasaan bermegah-megahan dimana sesetengah sahabat Islam kita tak kira apa jua sekalipun parti politik telah terlalu riak dan takbur memilih kawanan dari parti kafir walaupun terang benderang sahabat politik kafir itu tidak mahukan islam bahkan menentang.

Dengan bermegah-megah ini, kita akan menjadi seorang insan lupakan akhlak,Kita mencaci hina tanpa adat keislaman,Kita merasakan kita adalah yang terbaik dan dan sipulan itu pula hina..Maka hilanglah kecantikan Islam...Saudara sedaging dipinggirkan,Rakan taulan nun jauh dimata dibuang entah dimana,Ibu bapa dilupakan oleh kerana kita ini terlalu sibuk berpolitik dan terlalu gairah..

semoga kita dijauhi kerana ia bukanya seperti dianjurkan oleh Islam .


Dalam surah al-Takathur ini pula disebutkan neraka Jahim iaitu neraka Hawiyah yang tersebut dalam surah al-Qari’ah. Disebutkan juga pertanyaan tentang amalan-amalan perbuatan manusia yang mereka lakukan semasa hidupnya dan sesetengah ini daripada urusan hari akhirat.

Sebab nuzul ayat Ibn Hatim meriwayatkan daripada Abu Buraidah katanya: al-Hakumu’ takathur diturunkan berkenaan dua kabilah Ansar iaitu Bani Harithah dan Bani Harth.

Kedua-dua kabilah ini suka berbangga-bangga dan bermegah-megah, antara lain mereka mengucapkan: Apakah di kalangan kamu terdapat orang seperti si fulan? Mereka berbangga-bangga dengan pelbagai kabilah.Kemudian, mereka pergi ke tanah perkuburan sambil berucap dengan menunjukkan ke arah tanah perkuburan, apakah di kalangan kamu ada orang yang seperti si fulan ini? Lalu Allah SWT menurunkan surah ini.

Firman Allah SWT: Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.
Sayid Qutub berkata: Kehidupan dunia yang sekilas itu berakhir dan menutup lembaran yang pendek. Dan selepas itu zaman terus melanjut bersama bebanannya yang bertambah berat.

Mohon kemaafan sekiranya ada diantara kita terguris perasaan ,Yang baik itu dari Allah dan yg tak baik itu dari kelemahan saya sendiri.