5 ulas bawang putih, diketuk atau dihiris
3 ulas bawang merah, dihiris
5 sm halia dihiris halus
5 sm lengkuas dihiris kepada kepingan nipis
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit diikat simpul
4 keping asam gelugur
1 sudu besar biji lada hitam yang belum dikisar
4 biji cili kering (tidak perlu dipotong atau dikisar)
1 kg daging cincang, sedikit lemak dan urat
2 sudu besar kerisik kelapa
2 sm belacan
garam secukup rasa
Nampaknya semua bahan mencukupi. Memasak pindang daging ala negeri Perak ini mudah sahaja.
CARA MEMASAK
Daging dipotong kecil dan direbus. Api biarlah sederhana kerana api yang kuat akan menjadikan daging mengeras dan sukar empuk. Apabila mendidih, lemak-lemak dan sisa darah beku yang berkumpul di permukaan air eloklah dibuang.
Masukkan kesemua bahan A, kemudian masukkan kerisik dan belacan dan kacau hingga mesra. Biarkan sehingga daging empuk dan tambah sedikit air dari semasa ke semasa kalau daging masih belum lembut. Lazimnya saya memasaknya selama 2 jam.
Setelah berpuas hati dengan kelembutan daging, masukkan garam secukup rasa, dan boleh ditambah sedikit gula jika mahu.
Rasanya seperti sup daging tetapi sedikit masam dan lemak kerana kerisik yang dicampur.