'Tuntunan Ibadah di Bulan Ramadhan'
1. Membayar Fidyah 1
Assalamualaikum ustaz.
-Sempena menjelang bulan Ramadan
yg mulia dan amalan derma jariah yg dianjurkan oleh Telekom ini, saya
ingin membayar fidyah kpd fakir miskin. Walaubagaimanapun , saya tidak
arif didalam perkara ini. Utk makluman, saya tidak dapat menggantikan
puasa saya utk tahun 2002 pada tahun 2003 kerana mengandung dan
bersalin. Tahun ini baru saya dapat mengganti puasa tersebut.
Persoalannya, berapakah fidyah yg perlu saya keluarkan bagi 4 hari yg
tertinggal dan berapakah harga RM bagi secupak beras. Bolehkah saya
membayar fidyah melalui Unit Hal ehwal Islam.
Harap mendapat maklumbalas tuan.
TQ.
- Zuraidah Karim -
Jawapan
Walaikumsualam.
1. Ianya perlu 2 hukum, satu
qada dan membayar fidyah. Qado telah dilakukan pada tahun 2004. Jadi
selesai, sekarang hanya fidyah sahaja perlu dilangsaikan. Fidyah puasa
tahun 2002 perlu dibayar 1 cupak sebelum datangnya ramadhan 2003. JIka
tidak dibayar pada tahun 2003 maka ianya akan berganda pada tahun 2004..
Oleh itu 4 hari yang ditinggalkan bermakna 2 X 4 hari bersamaan 8 cupak
perlu difidyahkan. 8 cupak bermakna 2 gantang. 2 gantang sama dengan 7
kilo. Jadi satu cupak lebih kurang RM2.50.
2. Surau tidak menerima bayaran fidyah. Elok diberi kepada surau lain atau mencari orang yang fakir.
Wallahualam.
2. Hari-hari yang diharamkan berpuasa
Assalamualaikum…
-Saya ingin bertanyakan soalan kepada ustaz. Bilakah hari-hari
yang diharamkan / dilarang kita dari berpuasa. Tak kiralah puasa sunat
atau puasa Qada. Ada beberapa hari yang saya tahu tetapi ada juga yang
saya kurang jelas. Mohon penjelasan Ustaz.
Sekian dan salam hormat
- Suzana Musirin -
Jawapan
Walaikumusalam.
Antara hari yang tidak boleh berpuasa (diharamkan)
1. (Jika perempuan ) sewaktu kedatangan haid atau nifas.
2. Pada kedua-dua hari Raya.
3. Hari hari tasyrik 11,12,13 bulan zulhijah.
4. Puasa pada hari syak yakni pada hari terakhir syakban, tetapi jika ada qado puasa maka ianya dibolehkan.
Wallahualam.
3. Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana
ulcer
Assalamualaikum
Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi
bibir saya. Adakah terbatal puasa saya disebabkan ubat itu bercampur dgn
air liur semasa bercakap dan kemungkinan besar ia masuk terus ke tekak?
Diharap mendapat penjelasan dari Ustaz. Terima kasih
Note : Saya bepuasa sunat hari Isnin
- Khalidah Hj Ibrahim -
Jawapan
Walaikumusalam.
Tidak batal puasa, kerana tiada perbuatan makan dan minum. Yang
tertelan itu bukan disengajakan dan satunya yang tidak dapat dielakkan.
Wallahualam.
Assalamualaikum...
Saya ada sedikit kemushkilan..
1.) Jika kita berpuasa sunat pada hari Jumaat hendaklah diiringi
berpuasa pada hari khamis atau hari sabtu.. apakah hukum berpuasa sunat
hanya pada hari Jumaat sahaja.
2.) Apakah hukum berpuasa kada' pada hari Jumaat sahaja
tq
- Ruzilawati Abdullah -
Jawapan
Waalaikumusalam.
1. Berpuasa sunat pada hari jumaat adalah hukumnya Makruh,
bermakna meninggalkan adalah berpahala, manakala meneruskannya tidak
berdosa.
2. Berpuasa qado' hari jumaat hukumnya harus, dibuat pun tak apa, meninggalkan pun tidak apa-apa.
Wallahualam.
5. Ganti puasa untuk arwah
Asalamualaikum..
-Tuan Hj ingin saya bertanya satu soalan.Ayah saya telah
meninggal tahun lepas seminggu sebelum puasa.Dibulan puasa tahun
itu,Ayah saya ada tertinggal puasa kerana beliau sakit jantung Soalan
saya perlukan puasanya kami gantikan. Tk
- Zaida Abu Hasan -
Jawapan
-Ianya bergantung kepada keadaan
sakit sesaorang. Jika sakit kerana terlalu tua, dan sakit yang tidak
ada harapan sembuh, maka ia tidak perlu mengkado dan membayar fidyah
kerana gulungan seperti ini tidak wajib lagi menunaikan puasa. Tetapi
jika sakit yang ada harapan sembuh, maka jika ia meninggalkan puasanya,
maka wajib diganti dengan dua pilihan.samaada dengan mengeluarkan fidyah
iaitu secupak beras diberi kepada orang miskin untuk satu hari dan dua
cupak untuk dua hari yang ditinggalkannya dan begitulah seterusnya, atau
dengan berpuasa oleh warisnya sebagai ganti daripadannya. Ini
didasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW * * Siapa yang mati dan di
atasnya ada puasa yang ditinggalkan, nescaya berpuasa untuknya oleh
wrisnya. ).......Mutaff.
Wallahualam.
Asalamualaikum wbkth.
1. Berhubung perkara di atas, apa maksud Wajib Imsak?
2. Baru-baru ini, saya mendapat email dari sahabat bahawa kaum
hawa yang didatangi haid pada bulan Ramadhan adalah diwajibkan imsak
sepanjang hari sehingga tibanya waktu berbuka puasa. Wajib imsak yang
dikatakan itu adalah wanita tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk
menjamah makanan dan hendaklah menjaga diri seperti orang yang berpuasa.
Apa pandangan dan ulasan tuan dalam hal ini.
Penjelasan selanjutnya
diperlukan untuk menambahkan ilmu saya dalam Agama yang Syumul ini serta
dapat membetulkan lagi keadaan saya mengenainya.
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
- Kasmah Johan, Siti Zuraimah Haji Ismail,
Khalidah Embong, Jalifah Hj. Mohd Salleh -
Jawapan
Waalaikumuslam.
1. Pendapat yang diutarakan bagi saya adalah laro' dan menyesatkan. Ini dikatakan pendapat melampau didalam agama.
2. Puasa terbatal bagi sesaorang wanita jika kedatangan haid
walaupun satu minit lagi waktu berbuka puasa. Maka hari itu adalah wajib
diqadokan kerana terbatalnya puasa kerana kedatangan haid. Bila
sesaorang tidak berpuasa maka boleh melakukan perbuatan makan dan minum,
tetapi demi menghurmati ramadhan, makan minum itu tidak disuruh
dikalayak ramai, dan tidak ada hukum yang menyuruh perempuan dilarang
menjamah makanan,kerana status orang yang tidak berpuasa boleh makan dan
minum.
3. Pendapat itu tidak boleh diguna pakai kerana saya melihat
cuba menghalalkan yang haram. Hukumnya berdosa dengan mengeluarkan fatwa
sedemikian.
Wallahualam.
Assalamualaikum ustaz,
Saya hendak bertanya tentang
hukum sah puasa. Seorang hamba allah sedang bersahur ketika azan mula
berkumandang. Beliau berhenti bersahur dan kemudiannya minum untuk
mengelakkan tercekik, walhal azan sudahpun berkumandang. Apakah jatuh
hukum batal bagi puasa yang di niatkan atau dia boleh terus berpuasa.
Mohon penjelasan ustaz. TK
- Zainul Abidin Semangun @ Suaib -
Jawapan
Walaikumusalam.
-Cara beliau mengtaqakhirkan
sahor adalah baik kerana ianya merupakan masa yang sunat dan sunnah
Baginda juga begitu. Tetapi oleh kerana terlalu mengakhirkan waktu sahor
maka sewaktu azan subuh berkumandang sedangkan ia MINUM, maka batallah
puasanya kerana makan dalam waktu tempoh berpuasa.
Wallahualam.
Assalamu'alaikum Ustad,
Sekiranya nya kita ingin
berpuasa sunat atau puasa ramadhan ,tetapi tidak terbangun waktu sahur
,hanya telah berniat pada waktu makan malam sahaja(8.00 mlm), Apakah
kedudukan puasa saya pada esok hari , samada sah atau disebaliknya.
- Mohd Yadi Hussin -
Jawapan
Walaikumusalam.
-Puasa yang dilakukan pada
keesokan harinya adalah Sah, kerana telah berniat pada malamnya, bangun
sahur itu adalah perbuatan yang sunat.
Wallahualam.
9. Disuntik Ubat Ketika Puasa
-Adakah batal puasa sesaorang jika disuntik ubat kerana masaalah kesihatan yg dihadapi.
- Sharifah Hasniza -
Jawapan
-Puasa tidak batal kerana suntikan. Puasa akan batal jika sesuatu masuk kedalam ke lubang rongga yang tertentu sahaja.
Wallahualam.
10. Penggunaan Inhaler Ketika Puasa
Assamualaikum Ustaz,
-Sekarang ni saya sedang
mengandungkan anak yang ke tiga dan mungkin sebagai ujian Allah untuk
saya, pada kali ini saya mengalami masaalah asma (kesukaran bernafas)
yang memerlukan saya terus mengambil ubat atau inhaler (gas yang
dipamkan melalui mulut ke paru-paru apabila menghadapi masaalah
pernafasan) antara jam 11.00 hingga 12.00 tengahari. Persoalannya
sekarang,
-Adakah benar ada pendapat yang mengatakan bahawa inhaler tidak membatalkan puasa. Saya memerlukan penjelasan.
- Samidah Samun -
Jawapan
Waalaimusalam.
1. Ada dua persoalan disini,
seorang perempuan yang mengandung takut bahaya diri dan anak kandungan
adalah dibenarkan berbuka puasa tetapi kena qado.
2. Inhaler adalah merupakan gas bantuan pernafasan dan ianya bukan mengenyangkan.
Perbuatan ini tidak membatalkan puasa sesaorang pengidap penyakit asma
yang wajib memerlukan bantuan pernafasan ini jika diserang. Gas bukan
merupakan objek atau ketulan yang boleh mengenyangkan, dan perbuatan ini
adalah dharurat. Wallahualam.
Wallahualam.
Assalamualaikum, Ustaz...
-Saya ada sedikit kemusyikilan berkenaan puasa. Mana satu dpd statement dibawah yg boleh diterima, no 1 atau no 2.
1. Untuk pengetahuan semua,
walaupun kaum hawa akan kedatangan haid pada setiap bulan (bg yg normal)
dan tidak boleh berpuasa di bulan Ramadhan apabila tiba masa tersebut
tetapi mereka adalah diwajibkan imsak sepanjang hari sehingga tibanya
waktu berbuka puasa.
2. Soalan : Adakah perempuan yang haid wajib berimsak ?
- Sharifah Hasniza Syed Abdul Rani -
Jawapan
Walaikumusalam.
1. Keduanya mengelirukan.
2. Orang yang kedatangan haid tidak berdosa makan dan minum
kerana ianya adalah orang yang tidak berpuasa, cuma perlu menghurmati
bulan ramadhan itu dan orang orang yang berpuasa supaya tidak makan dan
minum di khalayak ramai, dan jika boleh tiada seorang pun dari keluarga
yang mengetahui perempuan tadi uzur.
3. Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kedatangan haid.
Apabila haid datang maka wanita itu haram berpuasa. Haram berpuasa
bermakna berdosa jika seorang yang didatangi haid itu berpuasa. Dalam
hal ini kita tidak boleh merubah hukum kerana orang yang tidak berpuasa
maka ia tidak berdosa makan, JIka wajib imsak dan haram menjamah makanan
itu tidak kena, tetapi makan sedikit dengan bersembunyi adalah perkara
yang dituntut.
Wallahualam.
12. Penggunaan Inhaler dan Vicks Ketika Puasa
Assalamualaikum,
Saya ada dua soalan berkaitan penggunaan inhaler bagi orang yang berpuasa.
1. Apakah batal puasa bagi seseorang yang menggunakan inhaler yang dipamkan ke mulut kerana sakit lelah?
2. Apakah batal puasa bagi
seseorang yang menggunakan inhaler vicks iaitu vicks yang disedut di
hidung bagi tujuan melegakan hidung tersumbat akibat selsema?
Terima Kasih kerana menjawab kemusykilan saya.
- Rosliza Zakaria -
Jawapan
Waalaikumusalam.
1. Tidak batal puasa kerana
penggunaan inhaler kerana yang masuk itu bukan makanan, dan tiada objek
yang berbentuk dimasukkan kedalam rongga. *ianya sekadar bantuan
oksigen.
2. Menggunakan vicks yang disedut melalui hidung adalah perbuatan yang makruh ,
kerana menyedut, mencium adalah perbuatan yang makruh, bermakna
meninggalkannya adalah berpahala.sedangkan jika dibuat tidak berdosa.
Jika boleh kedua-dua perbuatan diatas jangan dilakukan kerana ianya
perbuatan makruh namun tidak membatalkan puasa kerana dharurat.
Wallahualam.
13. Puasa
tetapi tidak solat
Assalamualaikum Ust. Zakuan ,
-Apakah diterima puasa orang yang tidak menunaikan solat? Apakah
puasanya itu sah, atau hanya penat sahaja? Setahu saya, org yang Islam
yang tak solat, dikira kafir . Orang kafir, ibadatnya tidak diterima
oleh Allah swt. Apa pandangan Ustaz ?
- Ahmad Fadzli Ahmad Saleh -
Jawapan
Waalaikumusalam.
-Mengikut syarat feqah, tidak sembahyang tidak merupakan perkara
yang membatalkan puasa, seperti antaranya ( Makan minum dengan sengaa,
Memasukkan sesuatu kedalam rongga, Kedatangan Haid, Gila dan Murtad).
Jadi puasanya Sah mengikut syarak, Ganjaran pahala puasanya nya adalah
ditentukan oleh oleh Allah SWT.
Wallahualam.
14. Hukum berjimak di siang hari dalam bulan Puasa
Assalamualaikum ustaz...
-Saya ingin memohon kepastian dari tuan. Harap tuan Ustaz dapat membantu
1. Apakah hukumnya orang yg berjimak di bulan puasa - suami isteri
2. Apakah denda yg perlu di bayar/ di lakukan
3. Lain lain komen..
Terima kasih saya dahului
Wassalam
- Rosham Asniyati Samsudin -
Jawapan
Waalaikumusalam.
1. Hukumnya haram dan berdosa serta membatalkan puasa. JIka
dibuat dengan sengaja dan mengetahui hukum.. Bagi sesiapa yang
melakukannya maka dikenakan kifarat (denda)
2. Kifaratnya ialah memerdekakan seorang hamba, Jika tidak ada
hamba maka diwajibkan berpuasa selama 60 hari berturut-turut atau
memberi makan sebanyak 60 cupak beras atau seuampamanya kepada 60
orang-orang miskin.
3. Kifarat ini hanya pada pihak suami sahaja kerana ia menyerang dan bukan perempuan yang diserang.
JIka persebuhan dilakukan beberapa kali dalam sehari dikira satu
kifarat sahaja, tetapi jika dibuat pada hari lain, maka kifarat adalah
mengikut bilangan hari.
Wallahualam.
15. Makan Di Siang Hari Dalam Bulan Ramadhan (Bagi Wanita Yang
Uzur)
Assalamualaikum,
-Sedikit pertanyaan tentang issu perempuan yg tak berpuasa.
Adakah dibolehkan makan seperti mana hari-hari biasa seperti bulan yg
lain.
- Jailani Hashim -
Jawapan
Walaikumsalam.
-Harus makan tetapi perlu menghormati Ramadhan bermakna makan
dengan sembunyi yang keluarganya sendiripun tidak mengetahui yang ianya
tidak berpuasa. Mengharamkan mereka dari menjamah sebarang makanan
adalah dzalim kerana hukum tidak berkata begitu, kerana mereka uzur dan
diharamkan berpuasa.
Wallahualam.
16. Ganti Puasa Bapa Yang Uzur
Assalamualaikum
-Ustaz, saya nak bertanya sedikit. Saya ada seorang ayah yang
sedang uzur dan mmg tak mampu untuk berpuasa. Tahun-tahun lepas,
walaupun dia uzur tapi masih lagi mampu berpuasa, cuma tahun ni, tahap
keuzurannya meningkat menyebabkan dia tak larat utk berpuasa.
Memandangkan tahap keuzurannya, saya tak fikir dia akan mampu mengganti
puasanya nanti.
Soalannya, bolehkah anak-anaknya menggantikan puasa bagi pihak beliau?
TQ
- Siti Zuraimah Binti Ismail -
Jawapan
Waalaikumusalam.
1. Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud: Dan di atas orang
yang tidak kuasa berpuasa, hendaklah mengeluarkan fidyah, iaitu memberi
makan orang -orang miskin. Orang yang tidak kuasa berpuasa itu ada 3 :
i. Orang tua yang tidak kuasa berpuasa
ii. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan
iii. Orang mati yang tidak sempat menggadakan puasa yang ditinggalkannya.
2. Bapa puan diketegorikan sebagai orang yang tidak kuasa
berpuasa kerana uzur dan tua. Oleh itu ianya wajib membayar fidyah tanpa
qado puasa keatas jumlah hari yang ditinggalkan. Tiada nas yang
menyuruh mana mana waris untuk mengqadokan puasa pada orang yang masih
hidup.
Wallahualam.
Ustaz,
1. Adakah perempuan yang dalam haid perlu juga berpuasa (berimsak) seperti orang berpuasa?
2. Adakah perempuan yang sudah kering haidnya (contohnya pada pukul 12 tgh hari) wajib berpuasa pada hari tersebut?
3. Sekiranya saya berhadas besar (disebabkan berjima') dan masih belum mandi junub selepas azan subuh, adakah puasa saya sah?
- halim@gitn.com.my -
Jawapan
Walaikumusalam.
1. Ianya diharamkan berpuasa,
bermakna boleh menjamah makanan tetapi memakan dengan tidak menunjuk dan
diketahui orang demi memuliakan bulan Ramadhan. Mengharamkan makan
keatas mereka adalah pendapat yang melampau, kerana mereka tidak
berpuasa, jadi harus makan tetapi perlu menghurmati bulan puasa itu
sendiri.
2. Tidak wajib berpuasa, kerana
tempoh waktu puasa itu adalah selepas imsak hingga terbenam matahari.
Hari berkenaan diwajbi qado, tetapi pembersihan diri perlu dibuat segera
bagi mengerjakan solat.
3. Sah puasanya walaupun belum
mengangkat hadas besar, disunatkan mandi wajib sebelum waktu imsak dan
hukumnya makruh melambatkan pemandian.
Wallahualam.
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya tentang Tadarus Al-Quran.
-Bagaimana cara sebaiknya untuk melaksanakan tadarus terutama di bulan puasa ini?
Kemusykilan ini timbul kerana ada pihak yang melaksanakan cara seperti dibawah:
-Dibahagikan kepada bebarapa
kumpulan kecil contoh 3 orang dan dibahagikan juzuk misalnya 1-5 untuk
dibaca oleh kumpulan tersebut. Kumpulan kedua pulak akan membaca dari
juzuk 6-10 dan kumpulan-kumpulan lain seterusnya membaca juzuk-juzuk
yang dibahagi-bahagikan sehinggalah ke juzuk 30. Pada dasarnya
kumpulan-kumpulan kecil ini hanya membaca 5 juzuk sahaja.
Persoalannya:
1. Bolehkah dikatamkan kalau kita bertadarus seperti cara yang tersebut diatas?
Harap mendapat panduan dari Ustaz.
Sekian, terima kasih.
- Roshani Hj Yahya@Zakaria -
Jawapan
Waalaikumusalam.
1. Tadarus Al-Quran adalah
amalan membaca al-quran secara berkumpulan, yang membacanya seorang
sedangkan yang lain mendengar dengan teliti, dan diantara mereka
dijadikan Naqib untuk menegur bacaan sesaorang. Amalan ini adalah sunah
Rasulullah dan para sahabat, bertujuan dibaca al-quraan tanpa silap
kerana ada penegurnya. Hingga kini amalan ini kekal dimasjid Nabi di
Madinah dan Masjid Haram, Makkah.
2. Dibulan Ramadhan bertadarus
bersama para jemaah masjid/surau atau perkumpulan keluarga dirumah
sangat digalakkan, disamping menerima pahala ganjaran dan menghidupkan
sunah Rasulullah SAW apatahlagi dibulan Ramadhan..
3. Menumbuhkan kumpulan,
kemudian mengkhaskan kumpulan A membaca dari juzu' 1 - 5, kumpulan B
membaca juzu 6-10, maka perlaksanaan ini adalah tidak betul. Yang betul
adalah begini:
- Setiap kumpulan perlu kekal dan membacanya dari juzu' awal
hingga akhir sepanjang bulan Ramadhan itu.. Bertadarus tidak semestinya
menghabiskan 30 juzuk. Seandainya kumpulan tersebut hanya mampu membaca
sekadar 24 juzu', maka itu tidak mengapa, tetapi kesilapan kita ialah
cuba menghabiskan bacaan 30 juzuk dalam bulan ramadhan, maka timbullah
masalah bacaan yang tidak tertil, tidak bertajwid dsb. Kerana mengejar
masa bagaimana perlu dihabiskan 30 juzuk. Mana lebih baik membaca 24
juzuk quran dengan tertil daripada 30 juzuk tetapi laro' dan
meninggalkan hukum hakam tajwid, menyebabkan Al-Quran itu sendiri
melaknati pembacanya.
4. Maka jawapan untuk yang bertadarus dengan soalan yang ditanya
itu, mereka itu tidak khatam Quran kerana tidak membaca dengan tertib
dan tidak menyempurnakan bacaan 30 juzuk.
5. Majlis khatam Quran adalah
untuk meraikan kepada peserta tadarus yang berjaya khatam 30 juzuk dan
berpeluang berdoa khatam Quran yang paling mustajab, tetapi orang yang
tidak khatam tidak pula dilarang menghadiri sama majlis khatam quran.
Kerana tiada Hadis yang menyuruh kita wajib mengkhatamkan Quran pada
bulan Ramadhan, yang disuruh ialah membanyakkan membaca Al-Quran, tetapi
sesiapa yang dapat mengkhatamkan pada sebulan Ramadhan adalah merupakan
amalan yang sangat terbaik dan kemenangan kepada diri..
Wallahualam.
Assalamualaikum Ustaz,
-Saya ingin mebayar fidyah puasa
isteri saya kepada rumah anak yatim di KL ini. Saya ingin tahu adakah
lebih afdal utk dibayar melalui amil atau terus kepada rumah anak yatim
tersebut. Berapakah nilai fidyah untuk satu hari puasa? Saya tidakpasti
sama ada satu gantang atau satu cupak beras.. kalau boleh minta ustaz
berikan dalam unit kilogram.
Terima kasih
- Mohd Fadhil Noordin -
Jawapan
Walaikumusalam.
1. Dibayar mana-mana pun boleh,
cuma kalau bayar di kaunter JAWI dikeluarkan resip, kalau dibayar
dirumah anak yatim atau orang fakir tidak menerima resip.
2. Satu hari puasa yang
ditinggalkan fidyahnya ialah secupak beras. 10 kilogeram beras lebih
kurang 11 cupak. Secupak beras lebih kurang berharga RM2.50.
Wallahualam.
20. Sisa
Makanan Pada Gigi
-Ustaz , saya nak tanya,
bagaimana jika ada sisa makanan yang terlekat pada gigi, tidak ditelan
tetapi dikeluarkan dari mulut. Masih sah kah puasa kita?
- Siti Zurina Othman -
Jawapan
-Sah puasa kita, kerana tiada perbuatan makan disini, kalaupun tertelan tanpa disedari itu juga tak mengapa.
Wallahualam.
Assalamualaikum....
Saya ada kemusykilan sikit, nak minta pandangan ustaz:
Bahagian saya (kerja) adalah bahagian yang banyak "deal dengan
pembekal". Baru-baru ni kami ada section meeting, Bos bertanya kepada
staf yang terlibat dengan pembekal, sama ada, ada atau tidak jemputan
berbuka puasa dari pembekal.Selepas tu banyak jemputan dari
pembekal-pembekal untuk jamuan berbuka puasa di hotel-hotel yang
diterima.
Pertanyaan:
Adakah ini dikira rasuah,
Perlukah kita pergi jika kita ada rasa was-was tentang perkara (1)
- Kamariah Hamid -
Jawapan
Waalaikumusalam.
1. Jemputan berbuka puasa daripada syarikat-syarikat adalah
merupakan trend hari ini bagi meraikan pelanggan. Rasuah atau iklas
adalah datang dari niat si penganjur. Kita diharuskan pergi jika
dijemput.
2. Boleh pergi dengan niat Allah dihadapan bukan kerana yang lain.
Wallahualam.
22. Berhari
Raya di Negeri Orang
Assalamualaikum ustaz
-Tolong bantu saya untuk selesaikan permasalahan tentang hari
raya. Saya telah memulakan awal puasa saya di Malaysia, waktu balik
bercuti dulu, tetapi di Guinea, tarikh puasa mereka terlewat sehari dari
Malaysia. Soalnya, apakah saya patut merayakan aidilfitri mengikut
Malaysia atau di Guinea sebab kalau raya jatuh pada 14 Nov 04, mengikut
ahli falak, bermakna puasa saya cukup 31 hari ( mengikut Malaysia ).
Tapi kalau saya raya ikut Guinea bermakna saya berpuasa 32 hari.
Seandainya Guinea pula menyambut hari raya menyamai tarikh dengan
Malaysia , maka masalah ini tidak akan timbul. Saya harap ustaz dapat
beri penjelasan kerana saya telah beberapa kali berbincang dengan rakan
sini dimana saya mengatakan kita sepatutnya mengikut arahan mana-mana
negara yang kita tinggal, tapi jawapan mereka ialah kita tidak boleh
berpuasa selama 32 hari kerana tiada dalam kalender sebulan melebihi 31
hari. Itu saja ustaz, assalamualaikum.
- Md Amin Roslan -
Jawapan
Walaikumusalam.
-Selamat menyambut puasa di negara orang. Hukum berhari raya
ialah ketika nampak anak bulan syawal atau menggunakan hisab falak pada
sesuatu negara. Dan wajib berhari raya mengikut dimana negeri ianya
berada. Walaupun telah menjangkau berpuasa masuk hari yang ke 34. Hukum
feqah itu boleh berubah-rubah mengikut keadaan.
Wallahualam.
23. Puasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak
Assalamu'alaikum..
-Saya nak bertanya tentang puasa bagi ibu yang menyusukan anak.
Kalau seorang ibu tak puasa kerana bimbang susu badan berkurangan untuk
anaknya, perlu tak dia membayar fidyah? Atau cukup dengan hanya
menggantikan puasa?
Terima kasih.
- Haidawati Zuhri -
Jawapan
Waalaikumussalam.
-Qado pun kena malah fidyah juga kena.
Wallahualam.
24. Tindik Telinga Ketika Berpuasa
Assalammualaikum...
-Persoalan saya ialah betul ke boleh batal puasa kalau tindik telinga ?
Terima kasih.
- RafidatulShima Mustapha [SMTP:shima4u@yahoo.com] -
Jawapan
Waalaikumussalam,
-Jawapnya boleh bertindik pada bulan puasa.
Wallahualam.
25. Sahur Selepas Azan
Assalam'kom
-Bersahur selepas azam atau terus berpuasa kerana tak sedar angkat untuk bersahur.
- Bohari Johnny Appot -
Jawapan
Walaikumusalam
-Tidak boleh makan sahur lagi selepas azan, jika makan batal
puasa pada hari tersebut. Kita boleh terus berpuasa walaupun tidak makan
sahor.
Wallahualam.
Assalamualaikum Ustaz, Ramadhan
yg lalu (2007), isteri saya tidak dapat berpuasa selama 19 hari dan
tidak sempat menggantikan puasa yg telah ditinggalkan sehingga Ramadhan
ini(2008). Apa hukumnya dan apa denda yg patut dibayar serta bagaimana
pengiraannya. Saya juga mempunya seorg pembantu rumah indonesia beragama
islam, boleh tak saya membayar zakat bagi pihaknya? Terima kasih
- Zaki -
Jawapan
Waalaikumusalam.
1. Meninggalkan 19 hari puasa
pada tahun lalu, maka isteri tuan wajib menggantikannya/mengqado;kannya
sebanyak 19 hari juga. Oleh kerana tahun 2007 telah luput, maka beliau
perlu pula membayar fidyah sebanyak 19 cupak bagi hari hari yang
ditinggalkan tersebut.
2. Ya boleh kita membayarnnya dan sila maklumkan kepada nya. Wassalam dan selamat berpuasa.
27. Bayar Fidyah 4
Ustaz,
Jika seseorang tidak dapat berpuasa kerana
masalah kesihatan,adakah beliau perlu qada' atau bayar fidyah atau kedua
duanya sekali.
Harap dapat penjelasan berserta nilai fidyah yang perlu dibayar setiap hari.
Terima kasih dan salam hormat.
- Sanusi -
Jawapan
Waalaikumusalam.
1. JIka kesakitan yang bersifat sementara, maka ianya wajib diqado sahaja dan wajib bayar fidayah jika melepasi tahun.
2. JIka kesakitan yang tidak
mungkin akan sembuh, atau terlalu tua dan tidak mampu berpuasa, maka
ianya tidak perlu qado maka wajib ianya mengantikan puasa tersebut
dengan membayar fidyah sahaja. Walllahuam.
28. Qada' Puasa dan Bayar Fidyah
Assalamualaikum Ustaz, Saya ada
pertanyaan... Saya skrg tgh mengandung 8 bulan lebih... Dr tak bagi
puasa kerana keadaan baby yg agak kecil dari sepatutnya. Jadi saya nak
tanye, adakah perlu sy qada' sahaja nanti puasa yg sy tinggal atau saya
perlu qada' dan bayar fidyah sekali? harap Ustaz dapat bantu. tq
-
Susmaliza
-
Jawapan
Salam - Kalau meninggalkan
puasa hanya kerana bimbangkan bayi maka diwajibkan qado' serta membayar
fidyah, Tetapi kalau ditakuti diri sendiri dan anak tersebut maka wajib
diqado' sahaja tanpa membayar fidyah.
29. Qada' Puasa dan Bayar Fidyah - 2
Salam, Ustaz, ada sahabat
bertanya, beliau mengandung dan mengalami alahan dan muntah sehingga
tidak larat berpuasa. Bagaimana untuk menggantikannya? Perlu bayar
fidyah atau sekadar menggantikan puasa tersebut sebelum puasa tahun
hadapan?
Apa perbezaan:
1. Boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin
2. Mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin
3. Wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.
- Nisa -
Jawapan
Salam
Dalam memahami masalah ini kita mestu merujuk Mazhab Shafie itu sebagai ambilan hukum.
Bila seorang perempuan yang
mengandung dan mengalami alahan dengan muntah dan lemah badan, maka
harus baginya berbuka puasa yakni tidak berdosa dia meninggalkan puasa.
OK sekarang pecahan masalah dia begini, Dia meninggalkan puasa kerana
apa, Jika ia meninggalkan puasa kerana takut kepada kemudaratan diri
nya sahaja, ataupun takut kepada anak yang dikandungnya samada janin
atau telah bernyawa.
Jawapan 1. JIka kerana kemudaratan kepada dirinya dan anaknya ( kedua dua sekali) maka dia hanya diwajibkan QADO sahaja.
2. Jika kerana memudaratan
kepada anaknya sahaja, bukan pada dirinya maka ia dikenakan QADO dan
membayar fFIDYAH Hujahnya waktu itu perempuan itu mampu berpuasa tetapi
bimbang pada anaknya, lantaran itu ia dikenakan qado dan fidyah.
Wallahualam.