Adakah KITA diantara ORANG2 YG berIMAN & beramal soleh, Mempunyai AKHLAK seINDAH RASULLULLAH ?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban Saudara kamu; Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani-Marilah bersama-sama menegakan syiar Islam walaupun pandangan Politik perbagai aliran,contohi Junjungan Nabi kita bagaimana beliau berbaik dengan jirannya walaupun jiranya seorang Yahudi.


free web counter


Mesti Baca ( Kisah Suami Isteri)

Kisah seorang Ustaz dan pengalaman ..

Seorang isteri menanggis2 nak mandikan jenazah suami dia.. Bapak mertua dgn Polis forensik x bagi.. sambil menanggis isteri berkata "ini janji kami suami isteri.. abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang abang akan mandikan jenazah kamu.."
Dari luar bilik mayat hospital ustaz tu masuk tanye ape hal.. ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti... "
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata tangan "inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami. masuk kemulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.. "
Uustaz tu kate dia meleleh air mate bersama-sama pengiring.. saye yang dengar pon tanpe disedari meleleh air mate mendengar ustaz bercerita...

-Info dari alhafiz.net