Adakah KITA diantara ORANG2 YG berIMAN & beramal soleh, Mempunyai AKHLAK seINDAH RASULLULLAH ?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban Saudara kamu; Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani-Marilah bersama-sama menegakan syiar Islam walaupun pandangan Politik perbagai aliran,contohi Junjungan Nabi kita bagaimana beliau berbaik dengan jirannya walaupun jiranya seorang Yahudi.


free web counter


Ustaz Asri: TAK BOLEH KAFIRKAN ORANG HANYA ATAS SANGKAAN




Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan semua pihak supaya tidak menghukum seseorang atau penyertaannya dalam sebuah organisasi berdasarkan sangkaan tanpa mengetahui sebabnya secara terperinci.

Kaedah yang diutarakannya itu berdasarkan penegasan Allah dalam Al-Quran bahawa Allah tidak menurun azabnya sehingga diutuskan Rasul untuk memberi peringatan dan berdasarkan kepada sunnah dan sirah Rasullah SAW dalam lipatan sejarah Islam.

Mengulas berhubung 'amanat' presiden PAS yang diucapkan di Kampung Banggol Peradong, di Terengganu pada 1982 itu, Mohd Asri percaya orang yang berilmu seperti Abdul Hadi tidak akan mengkafirkan individu "secara borong".

"Tetapi apa yang berlaku, salah faham ka, apa ka, (ahli) yang di bawah ni, ada yang mengkafirkan... Itu satu kesilapan. Kesilapan yang perlu diperbetulkan.

"Bukan kerana PAS menegakkan kebenaran itu salah, tapi noktah ini perlu diperbetulkan. Mungkin pimpinan tidak kata, tadi anak buah lebih lajak daripada laju. Ini satu realiti yang berlaku. Bukan semua orang PAS buat, tapi ada (segelintir) yang buat," katanya.

Menyentuh perkara berkenaan sebelum itu, Mohd Asri terkilan dengan situasi itu termasuk tidak memakan sembelihan dan bermakmumkan imam daripada Umno, apabila tiada pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan jelas membetulkan keadaan itu.

"Saya tidak nampak pimpinan PAS secara umum mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan salah faham, (dengan menyatakan) 'seseorang yang masuk Umno tidak menjadi kafir'.

"Saya rasa perkataan tersebut sangat diperlukan ketika itu, supaya tidak berlaku salah faham orang awam... Alangkah baiknya ketika itu, pemimpin PAS melafazkan orang yang masuk Umno, tidak menjadi kafir kerana masuk parti. Tetapi menjadi kafir jika melafazkan kata-kata kufur," katanya.

Mengulas berhubung pandangan Abdul Hadi tentang perlembagaan, Mohd Asri juga berpendapat sisi pandang presiden PAS itu pada 1980-an jauh berbeza dan berubah berbanding sekarang.

Dalam 'amanat' Abdu Hadi itu menyebut penentangan PAS terhadap Umno/BN kerana parti itu didakwa mengekalkan perlembagaan penjajah dan peraturan kafir dan jahiliyah.

Dr Asri yang juga fellow kehormat Universiti Oxford berkata, Abdul Hadi mungkin mempunyai sisi pandangannya berhubung perkara tersebut pada ketika itu, berbanding kini yang dilihatnya sudah berubah.

"Sekarang mungkin PAS ada tafsiran baru. Dan saya bersetuju dengan tafsiran PAS sekarang dibanding dengan tafsiran tahun 80-an...Saya rasa tafsiran sekarang lebih menepati realiti.

"Malangnya media massa yang dikuasai Umno, dia bangkitkan tafsiran lama. Dan kadangkala dia perkara yang tak bagus. Dia kata, tahun 80-an PAS salah, kerana kafirkan Umno.

"Pada masa yang sama, dia kata, PAS kena kembali kepada perjuangan asal... Saya rasa biar dalam keadaan sekarang, dia (PAS) lebih terbuka, lebih faham realiti, dia lebih faham keadaan dan dia lebih lihat keluasan Islam," katanya.